HAH ALAM: Seramai lima individu yang
dipercayai terbabit dalam insiden pergaduhan
semasa perlawanan separuh akhir Piala AFF
Suzuki di Stadium Shah Alam 7 Disember lalu
tampil memberikan keterangan, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Selangor,
Datuk Mohd Adnan Abdullah, berkata mereka
datang membuat keterangan di Ibu Pejabat
Daerah Shah Alam, sebaik sahaja wajah mereka
bersama-sama dengan 15 individu lain
disebarkan polis.
"Kami akan menilai keterangan mereka sebelum
mengambil tindakan selanjutnya.
"Saya berharap baki individu yang terbabit tampil
untuk membuat keterangan secepat mungkin,"
katanya.
Mohd Adnan berkata, setakat ini polis belum
membuat sebarang tangkapan berhubung insiden
berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Selangor,
Datuk Mohd Adnan Abdullah (kanan) bersama
pegawainya menunjukkan gambar individu yang
dicari polis dalam insiden pergaduhan semasa
perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki di
Stadium Shah Alam 7 Disember lalu pada sidang
media di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor
semalam. - Foto BERNAMA